Sunday, January 11, 2009

Wanita Mempunyai Pengaruh Besar Untuk Betulkan Kekeliruan



Sunday, January 11, 2009

Oleh Abd Wahab bin Osman
KUALA KETIL - Muslimat hendaklah sentiasa memainkan peranan untuk menjadi agen penerangan bagi menjelaskan dasar-dasar kerajaan terhadap rakyat, kerana terbukti wanita mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat.Demikian seruan yang dibuat oleh ADUN Kuala Ketil, YB Md Zuki Yusof kepada aktivis Hal Ehwal Wanita (Halwa) Kuala Ketil di Kampung Padang Kulim baru-baru ini.“Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Negeri Kedah sengaja digambarkan sebagai lemah, lesu dan tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat.“Bagi menjelaskan kekeliruan orang ramai terhadap parti yang memerintah yang sengaja diputarbelitkan oleh pihak tertentu, terutama isu-isu tempatan maka peranan Muslimat sangatlah penting,” ujarnya.YB Md Zuki Yusof turut menyeru agar Muslimat agar mengadakan perjumpaan yang lebih kerap lagi dan mengadakan program di masjid-masjid berdekatan supaya orang kampung mendapat manfaat dan muhibah daripada program berkenaan.Menurut ADUN Kuala Ketil itu lagi, dasar kerajaan Pakatan Rakyat tidak menaruh dendam terhadap musuh politiknya, bahkan bersedia duduk berbincang mengenai kepentingan orang ramai seperti yang semua pihak dapat disaksikan dalam sidang bajet 2009.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 2:33 PM