Sunday, March 1, 2009

Akibat surat layang Pemuda UMNO ‘mengamuk’ di Wisma Darul Aman

Oleh:MOHD AZAM AWANGALOR SETAR - Pemuda UMNO Negeri Kedah hari ini mengemukakan memorandum kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah ekoran kononnya seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Exco) menghina Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah.Dengan lagak ‘ala samseng’ kumpulan Pemuda UMNO mengadakan perhimpunan haram sambil berteriak di perkarangan Wisma Darul Aman sehingga mengganggu kakitangan awam yang sedang bertugas

Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah, Mohd. Rawi Abdul Hamid berkata, satu tindakan tegas perlu diambil terhadap Exco berkenaan walaupun berdasarkan surat layang kerana beranggapan surat layang adalah dokumen yang sangat berautoriti.
“Ia merupakan satu fenomena dan menjadi satu trend dengan menghina Raja Melayu dan perkara yang berlaku ini perlu diambil perhatian segera,” jelasnya.
“Pemuda UMNO Negeri Kedah mengambil langkah ini adalah bertujuan untuk menjaga institusi Raja agar tidak dicerca oleh mana-mana pihak,” katanya.
Beliau berharap memorandum yang diserahkan kepada Pegawai Khas Kepada YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Mohamad Rizal Mohamad Radzi dapat dibawa kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah.
“Saya berharap KDYMM Tuanku Sultan Kedah dapat memecat Exco berkenaan serta memberi tekanan kepada Exco terbabit meletak jawatan di samping menarik balik pingat-pingat kebesaran yang diberikan kepada Exco itu,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, Exco berkenaan boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghina KDYMM Tuanku Sultan Kedah

1 comment:

ذكي said...

assalamualaikum yb.. saya pengundi yang mengundi yb pada pru yang lepas.. saya dah tak tahan dengan keadaan jalanraya ketika nak balik kampung di teloi kanan.. keadaan jalan yang rosak teruk akibat lori2 pasir.. dari awal tahun lagi.. minta pihak yb ambil perhatian dan mengambil jalan penyalesaian segera berhubung perkara ni..